Undang-Undang Bab 197 FMS Pentadbiran_Agama_Islam_di_Perak

Pada tahun 1900 dikuatkuasakan satu undang-undang yang dinamakan:Undang-Undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 FMS.Dengan itu, didirikan sebuah bangunan sebagai pejabat bertempat di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar yang dinamakan Pejabat itu dengan nama: Balai Syara’, dimana ditempatkan di sana seorang Kadi Besar, yang mengetuai beberapa orang Kadi Wilayah.

Wilayah Kadi pada masa itu ialah Tanjong Malim, Tapah, Teluk Intan, Batu Gajah, Ipoh, Sitiawan, Taiping ,Simpang Lima, Kuala Kangsar, Selama, Lenggong dan Parit . Di kalangan orang-orang Melayu pada masa itu perkataan Kadi Besar kurang diketahui umum kerana panggilan Chief Kadi lebih popular.Orang-orang yang mula-mula memegang jawatan Kadi Besar dalam Negeri Perak ini ialah Tuan Habib Abdullah.

Dalam urusan pengajaran agama ditubuhkan “Komiti Quran Perak ” pada tahun 1917.Pengerusi yang pertama ialah Sultan Alang Iskandar yang waktu itu Raja Bendahara Perak .

Fungsi Komiti Quran adalah juga “Komiti Syariah Negeri Perak ” Tanggungjawab komiti ini sangat luas meliputi segala bidang pentadbiran Agama Islam pada zaman itu termasuklah kebenaran penerbitan buku agama, tarikh mengajar dan sebagainya.